Jumaat, 27 September 2013

BILIK UNTUK DI SEWA



BILIK UNTUK DI SEWA.

*Bilik untuk di sewa.
*Lokasi di Taman Nilai Perdana, Nilai, Negeri Sembilan
*Kemasukan segera.
*Hanya RM130 sebulan termasuk bil air dan elektrik.
*Keutamaan diberi kepada siapa yang cepat.
*Bilik untuk wanita muslim sahaja.

KEMUDAHAN:

*Berhampiran stesyen komuter dan bas.
*Mempunyai 2 bilik air.
*Terletak di atas 99 speedmart.
*Berhampiran kedai runcit, dobi dan kedai makan.

Berminat, hubungi:

Shidah - 012-6240197
Luqman - 012-9065277

Selasa, 9 Oktober 2012

Buku-buku yang pelabur baru patut baca



Salam pembaca semua... Lama dah saya x update blog ni.. Terasa diri ni kengkadang ketandusan idea untuk dikongsi. Tapi kali ini saya nak suggest buku yang patut dibaca oleh pembaca sekalian. Banyak buku-buku yang saya rekomenkan kepada pelabur-pelabur baru antaranya:

1. "Bagaimana anda boleh menjadi jutawan melalui pelaburan hartanah dan pasaran saham" hasil tulisan Milan Doshi yang mana kita tahu beliau mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun didalam bidang hartanah dan saham. Buku ini menarik kerana ianya disertakan dengan ilustri2 yang menarik. Ini membuatkan pembaca tidak akan berasa bosan membacanya.

2. "Rich Dad Poor Dad" hasil nukilan Robert T.Kiyosaki. Buku ini agak menarik juga untuk dibaca kerana beliau banyak menceritakan pengalaman kisah pahit manis hidup beliau. Kita boleh mengambil iktibar dari kisah hidup beliau dari seorang yang papa kepada kaya. Didalam buku ini juga dituliskan cara pemikiran menjadi kaya.

Saya saja memilih kedua-dua buku ini didalam bahasa melayu kerana senang difahami dan almaklumlah, saya ni bukan terer sangat berbahasa english...Oh my english!..haha. Buku-buku ini lebih elok kalau dibaca berulang kali agar daya pemahaman kita lebih mendalam..Wassalam

Selasa, 21 Ogos 2012

Mana nak labur?? Duit raya anak-anak.



Hari raya adalah hari yang paling seronok untuk  semua umat islam terutamanya kanak-kanak. Time ni lah anak-anak kita akan dapat duit raya berkoyan-koyan. Persoalannya, dimanakah kita nak laburkan duit raya anak-anak kita?? Kalau kita biarkan anak-anak ni pegang, jawabnya banyaklah mereka ni beli benda-benda yang membazir dan tak berfaedah.
Kadang-kadang, teringat masa kanak-kanak saya dulu. Saya tak bagi mak dan abah pegang duit raya. Pastu saya yang beli barang yang bukan-bukan dan membazir. Tu yang menyesal tu. Alangkah bagus jika saya bagi duit tu pada mak dan abah saya untuk disimpan pada masa tu. Untuk disimpan buat pendidikan saya pada masa akan datang. Menyesal pun dah tak guna..hehe
Disini, saya ingin memberi sedikit maklumat kepada pembaca semua mana nak labur duit raya anak-anak anda. Pertama sekali kita boleh bahagikan kepada beberapa bahagian kegunaan duit raya anak kita iaitu:
1.       Simpanan masa depan – untuk simpanan pendidikan di masa hadapan
2.        Urusan belanja wajib – belanja naik haji atau simpanan pendidikan
3.        Membeli barangan keperluan mereka
4.       Kegunaan kecemasan – jika keadaan memerlukan atau terdesak.

Jadi saya mencadangkan beberapa bentuk pelaburan untuk duit raya anak anda. Antaranya:

1.       Lembaga Tabung Haji                                                     4-5%
2.       Amanah saham didik                                                      4-5%
3.       Bank Rakyat Akaun Simpanan-i Nur                         1–3%
4.       Mayban Yippie-i Savings                                               1.51 – 3.02%
5.       Public Islamic Akaun Simpanan Wadiah                 0 – 1.10%
6.        BSN Kelab Penabung Muda                                        0.50 – 3.50%
7.       Skim Simpanan Pendidikan Nasional                      3.00 & 4.00%
        ( SSPN)

Oleh itu pilihan ditangan anda. Mana satu yang yang anda pilih??. Mulakan pelaburan untuk anak-anak anda semenjak kecil dan anda akan lihat hasilnya dimasa hadapan. Jangan sia-siakan wang dan waktu. Melaburlah sekarang. Wassalam..

Sabtu, 18 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog saya. Disini saya ingin menghulurkan 10 jari memohon kemaafan kepada semua umat islam terutamanya pembaca blog ini. Segala salah dan silap saya harap dapat dimaafi.. "Taqabballahu minna wa minkum".. Semoga semua amalan kita di terima Allah. Yang penting sekali, kawal perbelanjaan kengkawan di musim perayaan. Semoga selamat sampai di kampung masing2... Amin.

Khamis, 16 Ogos 2012

Tips pelaburan dari WARREN BUFFET



Siapa yang tidak kenal dengan Warren Buffet?? Beliau adalah individu ke 3 terkaya mengikut majalah Forbes 2012. Beliau adalah seorang yang bersederhana dan merendah diri walaupun mempunyai asset bernilai berbillion-billion dollar. Beliau merupakan pemilik kepada syarikat pelaburan, Berkshire Hathaway. Purata keuntungan tahunan yang diperolehi oleh syarikat beliau ialah sekitar 34% dan syarikat pelaburan beliau ini telah diiktiraf sebagai antara syarikat pelaburan yang terbaik di dunia. Falsafah pelaburan & kewangan beliau amatlah saya sanjungi dan respek. Berikut adalah kisah-kisah menarik tentang Warren Buffet:
·         Warren membeli saham pertamanya pada umur 11 tahun namun beliau menyesal kerana tidak memulakannya lebih awal.
·         Beliau membeli sebuah ladang pertanian kecil pada usia 14 tahun melalui hasil tabungannya dari penghantaran akhbar.
·         Beliau masih tinggal di rumah 3 bilik tidur yang sama di pertengahan bandar Omaha, yang beliau beli selepas berkahwin kira-kira 50 tahun lalu. Warren mengatakan yang beliau tidak perlu mencari rumah baru kerana beliau telah mempunyai segala keperluan dalam rumah tersebut. Yang menariknya, rumah Warren ini tidak ada dinding dan pagar.
·         Beliau memandu keretanya sendiri dan tidak mempunyai pengawal peribadi untuk menjaganya.
·         Warren tidak pernah keluar menggunakan jet peribadi, walaupun beliau memiliki syarikat jet peribadi terbesar di dunia.
·         Syarikatnya, Berkshire Hathaway, memiliki 63 buah anak syarikat. Beliau hanya menulis sepucuk surat setiap tahun kepada CEO syarikat, untuk memberitahu mereka objektif syarikat bagi tahun tersebut. Warren juga tidak pernah mengadakan mesyuarat atau menelefon mereka secara kerap. Beliau membekalkan mereka dengan dua peraturan yang wajib diikuti. Peraturan 1 : Jangan rugikan wang pelabur saham. Peraturan 2 : Jangan lupa peraturan nombor 1.
·         Beliau tidak pernah bersosial dengan jaringan masyarakat yang berstatus tinggi. Masa lapangnya setelah beliau pulang ke rumah digunakan untuk membuat popcorn dan menonton televisyen.
·         Bill Gates, orang terkaya di dunia bertemu dengannya untuk pertama kalinya 8 tahun yang lalu. Bill Gates mulanya beranggapan beliau tidak memiliki persamaan apa pun dengan Warren Buffet. Jadi beliau mengatur pertemuan pertama itu untuk selama setengah jam saja. Tetapi ketika Gates bertemu dengannya, pertemuan itu berlangsung selama sepuluh jam dan Bill Gates kemudiannya menjadi peminat kepada Warren Buffett.
·         Warren Buffett tidak pernah membawa handphone, mahupun memiliki komputer atau laptop di mejanya.
Dan sebagai panduan untuk orang-orang muda berikut adalah tips beliau:
1.     Jauhi kad kredit dan melaburlah untuk diri sendiri
2.     Wang tidak menciptakan manusia tetapi manusia yang mencipta wang.
3.     Hiduplah dalam keadaan yang sederhana.
4.     Jangan lakukan apa yang orang lain katakan, dengar kata-kata mereka, tapi lakukanlah apa yang anda merasa terbaik buat diri anda.
5.     Elakkan membeli barangan yang berjenama. Belilah barang yang biasa, asalkan barang itu mengandungi keperluan dan asas yang sama.
6.     Jangan bazirkan wang anda pada perkara yang tidak perlu, gunakan wang pada perkara yang betul-betul diperlukan saja.
7.     Kehidupan ini kehidupan kita, kenapa pula kita memberi peluang kepada orang lain untuk mengatur hidup kita.
Dan sebagai panduan kita di dalam dunia pelaburan, nasihat dan falsafah beliau:
·         Bekerja Keras : Semua kerja keras akan membawa kepada keuntungan, tetapi jika “cakap sahaja” , akan membawa kepada kemiskinan.
·         Kemalasan : Orang yang tidur akan hanyut dibawa arus
·         Pendapatan : Jangan sesekali bergantung kepada hanya satu sumber pendapatan. Sekurang-kurangnya, buatlah pelaburan sebagai pendapatan kedua anda…
·         Perbelanjaan : Jika anda membeli sesuatu yang anda tidak perlukan, kelak anda akan menjual sesuatu yang anda perlukan.
·         Simpanan : Jangan menyimpan apa yang tinggal selepas berbelanja. Berbelanjalah pada apa yang tinggal selepas menyimpan.
·         Pinjaman : Si peminjam akan menjadi hamba kepada si pemberi pinjaman
·         Perakaunan : Tiada gunanya bawa payung jika kasut anda bocor.
·         Audit : Hati-hati dengan perbelanjaan kecil. Kebocoran kecil boleh menyebabkan sebuah kapal yang besar boleh karam di lautan.
·         Pengambilan Risiko : Jangan sesekali menguji kedalaman sungai menggunakan kedua-dua kaki anda.
·         Pelaburan : Jangan masukkan semua telur anda ke dalam satu bakul, Jadi tamak (perbanyakkan) melabur di waktu orang lain takut untuk melakukannya kerana merasa pasaran akan terus jatuh tapi jadi takut (berhati-hati) bila orang lain sedang tamak melabur kerana merasakan pasaran sedang naik.
Jadi, sama-samalah kita mengunakan tip-tip dan falsafah dari Mr.Warren Buffet ini untuk menjadi panduan kepada kita yang baru nk menceburi bidang pelaburan..Wassalam…

Sabtu, 11 Ogos 2012

Apakah itu PELABURAN???


Dah 2 hari saya x tulis blog.. kekadang rasa macam dah xde idea...Tapi alhamdulillah ada juga idea akhirnye. Dalam entri ni saya nak terangkan maksud PELABURAN.

Ramai yang tertanya-tanya apakah itu pelaburan. Untuk memasuki ke dalam dunia pelaburan seseorang perlu tahu apakah maksud sebenar pelaburan. Kata orang, tak kenal maka tak cinta…
1) Dalam buku perdagangan yang mana kita belajar semasa sekolah menengah, pelaburan bermaksud suatu tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa ini dengan harapan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.
2) Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pula, pelaburan bermaksud komitmen dana kepada satu aset atau lebih yang akan dipegang untuk satu tempoh pada masa hadapan, dengan harapan aset tersebut akan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi.
3) Sementara maksud pelaburan dari seorang otai pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin. - PemikirKaya.com
Secara kesimpulannya bolehlah kita tafsirkan bahawa pelaburan ialah tindakan menangguhkan penggunaan wang untuk memberi komitmen dana kepada satu aset atau lebih dalam satu tempoh untuk memperolehi kadar pulangan yang dikehendaki, dan menyedari akan ada risiko untung dan rugi. Jadi, ini bermaksud pelaburan didalam mana-mana instrument akan berdepan risiko samada mendapat keuntungan atau kerugian…. Harap kita dapat memahami maksud pelaburan sebenar… Wassalam

Rabu, 8 Ogos 2012

Tetapkan Matlamat



Setiap orang ada mempunyai angan-angan.. tapi sikit yang mampu mengapai angan-angan yang dicita-citakan. Disinilah pentingnya matlamat atau target. Matlamat menjadi panduan kepada kita untuk mencapai apa yang kita ingini. Setiap orang berlainan matlamat. Ada yang ingin menjadi lebih kaya, menjadi lebih berilmu dan ada juga yang ingin menjadi lebih beriman. Yang penting kita memerlukan matlamat untuk merealisasikan impian kita. Oleh itu, kita perlu menulis matlamat kita, visualkan serta plan apa yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Untuk menulis matlamat, kita bolehlah mengikut model S.M.A.R.T dibawah:

 1) SPECIFIC
Matlamat anda perlulah spesifik, fokus, jelas dan konkrit. Anda tidak boleh mempunyai matlamat yang kabur. Ikut dan tetap dengan matlamat anda. Jangan berubah-ubah matlamat!
2) ACHIEVABLE
Pastikan matlamat anda mampu digapai dan bukan yang bukan-bukan.Pastikan matlamat anda itu relevan, boleh dicapai dengan usaha, minda dan masa.
3) REALISTIC
Matlamat anda perlulah realistik dengan keadaan semasa.
4) MEASUREABLE
Matlamat boleh diukur. Jadi ukur samada anda telah mencapai apa yang telah anda rancangkan samada ianya telah dapat dicapai ataupun tidak.
5) TIME-BOUND
Berikan matlamat anda deadline supaya ada sense of urgency didalam diri anda. Misalnya menetapkan untuk mempunyai pasif income lebih RM2000 sebelum tahun 2015.

Satu tips lagi, visualisasikan matlamat anda diatas sebuah kertas lukisan. Tulis matlamat dan cari gambar-gambar yang sesuai dengan matlamat anda.Selepas itu, tampalkan gambar itu. Selepas siap, tampalkan kertas lukisan yang bermatlamat itu ditempat yang senang anda nampak hari-hari. Semoga cara ini dapat membantu anda merialisasikan matlamat anda. Wassalam...