Khamis, 16 Ogos 2012

Tips pelaburan dari WARREN BUFFET



Siapa yang tidak kenal dengan Warren Buffet?? Beliau adalah individu ke 3 terkaya mengikut majalah Forbes 2012. Beliau adalah seorang yang bersederhana dan merendah diri walaupun mempunyai asset bernilai berbillion-billion dollar. Beliau merupakan pemilik kepada syarikat pelaburan, Berkshire Hathaway. Purata keuntungan tahunan yang diperolehi oleh syarikat beliau ialah sekitar 34% dan syarikat pelaburan beliau ini telah diiktiraf sebagai antara syarikat pelaburan yang terbaik di dunia. Falsafah pelaburan & kewangan beliau amatlah saya sanjungi dan respek. Berikut adalah kisah-kisah menarik tentang Warren Buffet:
·         Warren membeli saham pertamanya pada umur 11 tahun namun beliau menyesal kerana tidak memulakannya lebih awal.
·         Beliau membeli sebuah ladang pertanian kecil pada usia 14 tahun melalui hasil tabungannya dari penghantaran akhbar.
·         Beliau masih tinggal di rumah 3 bilik tidur yang sama di pertengahan bandar Omaha, yang beliau beli selepas berkahwin kira-kira 50 tahun lalu. Warren mengatakan yang beliau tidak perlu mencari rumah baru kerana beliau telah mempunyai segala keperluan dalam rumah tersebut. Yang menariknya, rumah Warren ini tidak ada dinding dan pagar.
·         Beliau memandu keretanya sendiri dan tidak mempunyai pengawal peribadi untuk menjaganya.
·         Warren tidak pernah keluar menggunakan jet peribadi, walaupun beliau memiliki syarikat jet peribadi terbesar di dunia.
·         Syarikatnya, Berkshire Hathaway, memiliki 63 buah anak syarikat. Beliau hanya menulis sepucuk surat setiap tahun kepada CEO syarikat, untuk memberitahu mereka objektif syarikat bagi tahun tersebut. Warren juga tidak pernah mengadakan mesyuarat atau menelefon mereka secara kerap. Beliau membekalkan mereka dengan dua peraturan yang wajib diikuti. Peraturan 1 : Jangan rugikan wang pelabur saham. Peraturan 2 : Jangan lupa peraturan nombor 1.
·         Beliau tidak pernah bersosial dengan jaringan masyarakat yang berstatus tinggi. Masa lapangnya setelah beliau pulang ke rumah digunakan untuk membuat popcorn dan menonton televisyen.
·         Bill Gates, orang terkaya di dunia bertemu dengannya untuk pertama kalinya 8 tahun yang lalu. Bill Gates mulanya beranggapan beliau tidak memiliki persamaan apa pun dengan Warren Buffet. Jadi beliau mengatur pertemuan pertama itu untuk selama setengah jam saja. Tetapi ketika Gates bertemu dengannya, pertemuan itu berlangsung selama sepuluh jam dan Bill Gates kemudiannya menjadi peminat kepada Warren Buffett.
·         Warren Buffett tidak pernah membawa handphone, mahupun memiliki komputer atau laptop di mejanya.
Dan sebagai panduan untuk orang-orang muda berikut adalah tips beliau:
1.     Jauhi kad kredit dan melaburlah untuk diri sendiri
2.     Wang tidak menciptakan manusia tetapi manusia yang mencipta wang.
3.     Hiduplah dalam keadaan yang sederhana.
4.     Jangan lakukan apa yang orang lain katakan, dengar kata-kata mereka, tapi lakukanlah apa yang anda merasa terbaik buat diri anda.
5.     Elakkan membeli barangan yang berjenama. Belilah barang yang biasa, asalkan barang itu mengandungi keperluan dan asas yang sama.
6.     Jangan bazirkan wang anda pada perkara yang tidak perlu, gunakan wang pada perkara yang betul-betul diperlukan saja.
7.     Kehidupan ini kehidupan kita, kenapa pula kita memberi peluang kepada orang lain untuk mengatur hidup kita.
Dan sebagai panduan kita di dalam dunia pelaburan, nasihat dan falsafah beliau:
·         Bekerja Keras : Semua kerja keras akan membawa kepada keuntungan, tetapi jika “cakap sahaja” , akan membawa kepada kemiskinan.
·         Kemalasan : Orang yang tidur akan hanyut dibawa arus
·         Pendapatan : Jangan sesekali bergantung kepada hanya satu sumber pendapatan. Sekurang-kurangnya, buatlah pelaburan sebagai pendapatan kedua anda…
·         Perbelanjaan : Jika anda membeli sesuatu yang anda tidak perlukan, kelak anda akan menjual sesuatu yang anda perlukan.
·         Simpanan : Jangan menyimpan apa yang tinggal selepas berbelanja. Berbelanjalah pada apa yang tinggal selepas menyimpan.
·         Pinjaman : Si peminjam akan menjadi hamba kepada si pemberi pinjaman
·         Perakaunan : Tiada gunanya bawa payung jika kasut anda bocor.
·         Audit : Hati-hati dengan perbelanjaan kecil. Kebocoran kecil boleh menyebabkan sebuah kapal yang besar boleh karam di lautan.
·         Pengambilan Risiko : Jangan sesekali menguji kedalaman sungai menggunakan kedua-dua kaki anda.
·         Pelaburan : Jangan masukkan semua telur anda ke dalam satu bakul, Jadi tamak (perbanyakkan) melabur di waktu orang lain takut untuk melakukannya kerana merasa pasaran akan terus jatuh tapi jadi takut (berhati-hati) bila orang lain sedang tamak melabur kerana merasakan pasaran sedang naik.
Jadi, sama-samalah kita mengunakan tip-tip dan falsafah dari Mr.Warren Buffet ini untuk menjadi panduan kepada kita yang baru nk menceburi bidang pelaburan..Wassalam…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan