Selasa, 21 Ogos 2012

Mana nak labur?? Duit raya anak-anak.



Hari raya adalah hari yang paling seronok untuk  semua umat islam terutamanya kanak-kanak. Time ni lah anak-anak kita akan dapat duit raya berkoyan-koyan. Persoalannya, dimanakah kita nak laburkan duit raya anak-anak kita?? Kalau kita biarkan anak-anak ni pegang, jawabnya banyaklah mereka ni beli benda-benda yang membazir dan tak berfaedah.
Kadang-kadang, teringat masa kanak-kanak saya dulu. Saya tak bagi mak dan abah pegang duit raya. Pastu saya yang beli barang yang bukan-bukan dan membazir. Tu yang menyesal tu. Alangkah bagus jika saya bagi duit tu pada mak dan abah saya untuk disimpan pada masa tu. Untuk disimpan buat pendidikan saya pada masa akan datang. Menyesal pun dah tak guna..hehe
Disini, saya ingin memberi sedikit maklumat kepada pembaca semua mana nak labur duit raya anak-anak anda. Pertama sekali kita boleh bahagikan kepada beberapa bahagian kegunaan duit raya anak kita iaitu:
1.       Simpanan masa depan – untuk simpanan pendidikan di masa hadapan
2.        Urusan belanja wajib – belanja naik haji atau simpanan pendidikan
3.        Membeli barangan keperluan mereka
4.       Kegunaan kecemasan – jika keadaan memerlukan atau terdesak.

Jadi saya mencadangkan beberapa bentuk pelaburan untuk duit raya anak anda. Antaranya:

1.       Lembaga Tabung Haji                                                     4-5%
2.       Amanah saham didik                                                      4-5%
3.       Bank Rakyat Akaun Simpanan-i Nur                         1–3%
4.       Mayban Yippie-i Savings                                               1.51 – 3.02%
5.       Public Islamic Akaun Simpanan Wadiah                 0 – 1.10%
6.        BSN Kelab Penabung Muda                                        0.50 – 3.50%
7.       Skim Simpanan Pendidikan Nasional                      3.00 & 4.00%
        ( SSPN)

Oleh itu pilihan ditangan anda. Mana satu yang yang anda pilih??. Mulakan pelaburan untuk anak-anak anda semenjak kecil dan anda akan lihat hasilnya dimasa hadapan. Jangan sia-siakan wang dan waktu. Melaburlah sekarang. Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan