Sabtu, 11 Ogos 2012

Apakah itu PELABURAN???


Dah 2 hari saya x tulis blog.. kekadang rasa macam dah xde idea...Tapi alhamdulillah ada juga idea akhirnye. Dalam entri ni saya nak terangkan maksud PELABURAN.

Ramai yang tertanya-tanya apakah itu pelaburan. Untuk memasuki ke dalam dunia pelaburan seseorang perlu tahu apakah maksud sebenar pelaburan. Kata orang, tak kenal maka tak cinta…
1) Dalam buku perdagangan yang mana kita belajar semasa sekolah menengah, pelaburan bermaksud suatu tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa ini dengan harapan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.
2) Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pula, pelaburan bermaksud komitmen dana kepada satu aset atau lebih yang akan dipegang untuk satu tempoh pada masa hadapan, dengan harapan aset tersebut akan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi.
3) Sementara maksud pelaburan dari seorang otai pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin. - PemikirKaya.com
Secara kesimpulannya bolehlah kita tafsirkan bahawa pelaburan ialah tindakan menangguhkan penggunaan wang untuk memberi komitmen dana kepada satu aset atau lebih dalam satu tempoh untuk memperolehi kadar pulangan yang dikehendaki, dan menyedari akan ada risiko untung dan rugi. Jadi, ini bermaksud pelaburan didalam mana-mana instrument akan berdepan risiko samada mendapat keuntungan atau kerugian…. Harap kita dapat memahami maksud pelaburan sebenar… Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan